“ Mai..!! Mai..!! tunggu sat… awatnya hang dok lari laju sangat..hang nak pi mana ni..?? tunggu la sat..penat taw tak cek dok kejar hang…”
Farra kadang-kadang panggil akuh Emel dan kadang-kadang Mai. Kalau nak tahu nama penuh aku ialah Nur Maizatul Emelia. Sedapkan nama tu..heheh…berangan la pulak.
“ yang hang dok kalut awatnya..?? cek nak pi bilik air pun terbantot…huh…kalau hang ada story mory mau cite sat gi la ya..cek nk pi buang hajat ni dulu.. hang tunggu cek kt tempat biasa na.. cek pi dulu..”
Terus keluar kami punya lograt pinang..aku dengan farra memang begitu…kalu bercakap pasti ada slank mana2 negeri..kadang-kadang pinang, Melaka dan kadang-kadang pula terkeluar bahasa kasau “lu”, “gua”..haha…
Selesai sahaja, aku terus mempercepatkan langkah aku pergi ke kefe. Tempat biasa aku dengan member lepak bila habis je kelas. Sesampai saja aku di sana farra, syera, echa, fara dan nad dah tunggu aku.
“ wey..!! Mai..sini..!!”
Aku terus bergerak laju ke meja tempat mereka tengah bersantap tanpa menunggu kehadiran beta..huhu..monologku tanpa didengari oleh mereka…
“ assalammuailakum..” sapaku..
“ wa’alaikummussalam” jawab mereka semua.
“ oii, farra..!! ko pehal tadi? Tak sabau nau nak jumpa akuh… cer cite skit..(sambil buat gaya usop dalam cite hantu kak limah)”
“ hehehe….maaflah.. actlly an, aku an, aaakkkuuu….aaakkkuu..”
“ aku…aku..aku apa ha?? Ko ni straight to the point lar..tak yahlah gagap-gagap lak..huh..” rengusku.
“ ehmmm..sebenarnya… nah, amik ni. Ada mamat hendsome bagi surat ni.” Jawab Farra sambil menghulurkan surat yang dipegangnya itu.
“??? Surat apa nih?? Asal lak kau bagi kat aku nih. Mamat ue bagi kau bukan aku..”balasku sambil menaikkan kening persis Zianazin..
“ masalahnya dia suruh si farra bagi surat ni kat kau la bedah..huh..” jawab Ecah.
“ betul emel. Kalau dia bagi kat farra tak de maknanya dia nak bagi kau..huh..kau ni..siut ja..!!” tokok fara lagi..
Ehmm..jangan salah sangka lak…member akuh ni ada 2 Fara yang berlainan karektor dan ejaan berbeza..sorang Fara, dan sorang lagi Farra.
“ oooo….for me ya?! Hehe…”
Lantas aku mengambilnya lalu membukanya untuk membaca apa isi kandungan yang tertulis dalam surat ini.
“ huk..huik..huk..apa celop ni tok..?! siap letak bedak bagai..huh..”
“ wah..!!! so sweet..romantiknya..!!huhu..” echa berkata.
“ huh..!! romantik apanya..siap letak bedak bagai.. bersin aku tau tadi time buka surat ni.”
“ ko ni pun satu Emel, tu kalau dah latak bedak kasi harum surat..maknanya surat CINTA..!!hohoho…Emel dapat surat cinta la..wowowo” balas Farra dan di ikuti gelak tawa Syera, Fara dan Nad..
“ tak ada maknanya.. nah…!!! Kau ambil la balik surat nih. Tak hingin aku nak membacanya..huh..!!”
“ kau ni kan Emel. Pelik betul aku tengok kau ni. Tiap kali dapat surat cinta mesti kau tak nak baca kan? Kau pasti akan buang surat tu balik atau bagi pada aku..apasal?!” jawab farra dalam keadaan marah.
“ tak ada apa lah. Kau ni, dah berapa lama kau kenal aku? Tak kan la tak faham-faham lagi dengan kawan kau ni..?”
“ oii bedah..!! sebab kami semua fahamlah kami bertanya.. aku pun tak tau nak cakap apa lagi kat mamat-mamat yang bagi kau surat ni. Tak baik taw mainkan perasaan dia orang.” Tambah echa.
“ masalahnya, aku tak pernah sekali pun bagi harapan pada depa. Untuk pengetahuan kau aku tak pernah pun suruh depa bagi surat kat aku. Depa yang nak bagi. Cek nak kata apa.” Balasku.
“ huh..!! mana tidaknya. Kau ni terlalu pemurah sangat dengan senyuman pada orang. Kau pula jenis yang suka bergaul dengan lelaki. Aku pernah cakap dengan lelaki jangan tunjukkan yang kau ni ambil berat pasal dia. Nanti dia orang ingat ko memang suka kat depa lak…” balas Fara pula.
“ depa yang senyum kat aku. Tak kan la kau nak suruh aku jelling lak. Apa la kau ni. Lagi pun bukan dengan lelaki ja. Aku pun baik juga dengan perempuan. Aku dah pernah bagi tau semua lelaki yang nak kawan dengan aku yang aku hanya menganggap depa sume kawan ja..”
“ itu ko. Depa anggap lain… lelaki ni lain bedah oii… bagi depa kalau ada perempuan yang rapat dengan depa dan ambil berat pasal depa, depa akan anggap yang perempuan tu suka kat depa…” tambah Echa.
“ betul tu Emel…lelaki ni lain sikit.. aku nak tanya something kat kau boleh?” tokok Farra lagi.
“ kau nak tanya apa?! Insyaallah kalau aku boleh jawab aku jawab la. Tapi kalau tak boleh juga aku cuba juga untuk jawab. Tanya la cepat apa yang kau nak tanya tadi Farra?”
“ ermm..erm…kita kan dah lama kenal. Sejak dari sekolah menengah lagi kan?”
“ ehmm..yup!! awatnya?”
“ sejak dari dulu ada ja lelaki yang nak dekat dengan kau, semua kau tak layan. Kenapa eh? Aku bukan apa..takut jugak kalau-kalau kau ni ehem..ehem..”
“ pe maksud kau Farra?”
“ ermm…maksud aku, kau ni less ke?”
“ choi..!! banyak la kau. Bila perempuan yang tak de pakwe kau terus ja serkap jarang kata less..huh..”
“ mana tidaknya…kau langsung tak layan mamat-mamat yang bagi kau letter nih…”
“ beb..aku bukan tak nak layan dia orang..tp, kau pun tau kan kisah hidup aku dulu.”
“ tak kan la sebab dia tolak cinta kau kau terus tak nak kapel dan tak nak layan lelaki..”
“ kau tak tau bro macam mana rasanya. Pedih wey..!!pedih sesangat..”
“ kau bagi taw sikit kenapa kau tak layan mamat yang bagi letter nih kat kau.”
“ bagi aku mamat yang kasi letter nih Cuma nak mainkan perasaan aku ja. Beb.. bagi aku kalau ada seorang jejaka yang betul-betul suka kan aku, dia tak akan mudah ungkapkan kata CINTA.. faham!!”
“ kenapa kau cakap macam tu pula..”
“ CINTA.. terbahagi kepada tiga. Pertama ialah cinta syaitan, kedua ialah cinta jin dan yang ketiga pula ialah cinta dari Allah…”
“ peh..!!bukan main puitis lagi ya..hahha..tolong explain sikit..”
“ pertama cinta syaitan maksudnya, kau jumpa dengan jejaka A. kau suka kat jejaka nih. Kau telah ikut hawa nafsu. Akhirnya kau mengandung. Kau berkahwin selepas kau mengandung. Kedua cinta jin, maksudnya kau jumpa jejaka A. Kau suka dia tapi, dia tak suka kau. So, kau pi jumpa bomoh, kau jampikan dia. Lalu korang pun kahwin. Yang ketiga yakni yang terakhir, maksudnya kau jumpa dengan jejaka A. Buat pertama kali kau pandang dia kau terus jatuh cinta dan dia pun jatuh cinta. Tanpa buang masa dia terus meminang dan kau pun setuju untuk berkahwin dengan dia.. Untuk pengetahuan kau CINTA yang ketiga inilah yang di namakan SYURGA CINTA…!!!”
“ OOooo…..faham..faham..jap..!! macam kenal ja ni..”
“ ini adalah kata-kata yang aku dapat dalam cerita syurga cinta..sebenarnya dalam pada kita tengok tv kita juga boleh belajar..tak adalah asyik KOREA ja..!!heheh”
“ amboi…kau nih..perli apa..bukan aku oke. Tapi tu si Echa dan Fara tu..dia tu yang fenatik sangat..huhu” balas Farra dalam intonasi yang mengajuk.
Hahah…siapa makan cili dialah yang terasa pedas. Gumamku dalam hati..

“ huh!! Siapa pulak la yang mengacau daun betul la..potong stim ja..tengah khusyuk-khusyuk bace novel terbitan kaki novel nih ada ja yang menelefonnya. Bila free tak ada lak yang nak telefon” rungutku dalam intonasi yang rendah.
“ hello..hello..assalamualaikum. Siapa nih erk??nak cakap dengan siapa ya?”
“ hello..wa’alaikumussalam. Ermm, ni num Mai kew?! Saya kawan dia.”
“ yup…!! Ni Mai yang bercakap. Sape nih erk…??”
“ Oooiiii pompuan..ko dengar sini baik-baik ya. Ko ingat ko tu lawa sangat..!! huh..ko jangan sesekali berani dekat dengan Amer fawaz ya. Kalau tidak siap ko aku kerjakan…”
“ wowowo…jap-jap kamu ni siapa..telefon orang tengah-tengah malam nih pastu marah tak tentu pasal. Pehal?? Datang bulan apa…??huh..lagi satu suka hati mak bapak kau ja nak suruh akuh jauhkan diri akuh dari Amer Fawaz. Kau ingat kau tu sape..kau dengar ya. Dia tu tak ada kene mengena dengan kau kan..So, kau jangan nak bagi akuh arahan macam tu. FAHAM….!!!..”
“ hahaha…..ada orang sudah marah la pulak..heheh..”
Akuh terus bingung akan kata-kata perempuan itu sebentar tadi..pelik..kenapa pula dia gelak..aku ada buat lawak ka…
“ Apasal kau senyap ja der..tadi bukan main marah + garang lagi..sekarang dah senyap…”
“ kau ni sebenarnya siapa..?? baik kau cakap..kalau tidak..aku..”
“ aku..aku…aku apa..??kau ni pun satu cubalah tanya soalan lain. Ni tidak..soalan yang sama ja..huh..bernanah telinga aku dengar..cubalah tanya aku ni dah makan ke belom…sehat ke tidak..ni tak..tanya aku ni siapa ja dari tadi..huh..!!” keluh tuan empunya suara yang menelefonku ini…
Aku semakin binggung…terpaku dibuatnya akan kata-katanya sebentar tadi..intonasinya kedengaran seperti sudah lama mengenaliku. Tapi, aku bingung sapa sebenarnya dia nih.
“ saya rasa awak nih dah salah dail nomborlah..”
“ kenapa pulak?!”
“ saya langsung tak kenal awak. Awak nih sebenarnya siapa?”
“ hahah….ilek la der…oke..oke..nih aku la Tyha..!!! kenal tak..? ingat lagi tak? Tyha anak Azri…dulu satu sekolah rendah dengan kau..tak kanlah dah lupa kut…”
“ astarfirullahhalazim…kau rupanya..huh..aku ingatkan minah sewel mana lak yang telefon aku malam-malam nih..huh…buat aku angin ja..nasib baik tak kena maki. Kalau tidak ermm makan maki la ko jawabnya malam-malam nih..”
“ heheh…sowy der.. saje jew..aik..tak kanlah kau dah lupa date ari nih..?!”
“ Date..?! sekarang jam menunjukkan tepat jam 12.30a.m. So that’s mean ari ni 3 jan…awatnya..??”
“ hahah…pandai..aku bagi kau 10 markah oke..!!”
“..?? apa yang kau cuba nak sampaikannya nih..?? aku masih tak fahamlah..”
“ hish…ish..ish..LEMBAB..!! otak ja pandai tapi lembab betul nak pick up…ari ni kan bez day ko..!!!”
“ what..?! Ya Allah..!! aku lupa..langsung tak teringat pun..hahah…nasib baik kau ingat..”
“ baguslah kau dah ingat…kalau kau masih blur lagi nak aja aku hentak kau ngan kayu..hahha….”
“ heheh….untung aku dapat kawan macam kau..huhuhu..weyh..memandangkan kau ingatkan aku so, aku nak tuntut hadiah..boleh?”
“ ermm..ada udang di sebalik mee bandung muar nih…kalau aku cakap tak boleh cam ner..?”
“ kalu tak boleh kena bolehkan jugak..heheh…aku tak kira..!!!”
“ hahah…okelah..ermm..ty time renioun yang kedua aku bagi oke..?!”
“ emmm..errr..bolehlah..tapi kau jangan buat-buat lupa lak..aku pasti akan tuntut gak sampai ke lubang cacing….hehe…”
Agak lama jugalah aku beborak dengan Tyha. Macam-macam yang kami borakkan. Almaklumlah, dah lama tak bersua muka.hehe…best juga dapat hilangkan rindu aku yang menebal nih kat Tyha. Sedar tak sedar dalam pukul 3 pagi barulah perbualan aku dengan Tyha tamat. Aku yang menghabiskan + akhiri perbualan sebab kalau tak ada yang menghalang pasti lagi lama + panjanglah aku beborak nampaknya..hahah..aku beri alasan mata aku ni dah kuyu..dah tak tahan nak celik lagi..hehe..lapok ja alasan tu kan..?!tapi nak buat macam ner. Itu ja cara. Kalau tak, tertangguhlah novel yang aku harus habiskan membacanya hari juga.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tepat jam 8 pagi Farra sudah pun bangun dan sudah pun mandi. Dia terpaksa bagun awal hari ini sebab dia ada kelas pagi ni. Aku pula kelas ari ni di tangguhkan ke hari lain. Pensyarah tak ada. Ehhe.. So, boleh la aku tidur puas-puas..tak ada siapa pun yang akan mengganggu…
“ astaga..!! apa punya anak dara nih..matahari dah terpacak tapi dia masih lagi tidur..huh..Oooiii bedah..!! kau nih bangunlah..aku tau lah kau tak ada kelas. Tapi tak kanlah kau nak bangun petang pula..cepatla bangun..dah pukul 8.30 pagi nih..”
“ haish..kau nih bisinglah echa..aku nak tidur..aku baru ja lelapkan mata kau tau tak..huh..ganggu je la..”
“ sapa suruh tidur lambat..lain kali tidurlah awal sikit..tak de tak de..cepat bangun…”
Marah echa pada aku sampai terkeluar dia punya korea..kalau nak di ikutkan makan pelempang jugak dia nih..huh..!! nasib baiklah kau nih kawan akuh echa..huh..!!
“ kau maki aku ke echa..?!”
“ ape kejadahnya aku nak maki kau lak nih..”
“ tadi tu satu patah haram pun aku tak faham apa yang kau cuba nak sampaikan kat aku..”
“ huh..SENGAL….tu aku cakap korea la..kau mana faham..akuh ja yang taw..kau apa tau..asik tengok cite indon ja tak pun cite melayu..BOSAN..!!”
“ wah..wah..bukan main lagi ya kau nih..kira okelah tu…dari cite korea..ada agenda agenda yang lucah..kiss sana sini..eeiii..geli akuh..lainlah alau dia kiss aku tak pe la jugak..hahaha..”
Lantas echa membaling bantal ke mukaku..pedebuk…!!!sekali dua bantal di balingnya kat aku. Nasib baiklah yang di balingnya bantal boleh aku sambung tidur..hahah…
“ woi..tido balik pulak minah nih..bangun la cepat.. pi mandi..pastu teman den pi kefe..cepatlah…”
“ heheh…dah kau baling aku bantal so that’s mean kau suruh aku tido an..hahah..alarh..malas lah nak berjalan ke kefe..dah lah jauh..huh..kalu dekat tak pe la jugak..”
“ Emel..Emel..Emel..kau nih pun satu kalau kefe tu dekat tak de maknanya akuh nak ajak kau. Aku pun boleh pi sendiri.huh.. jumlah..sambil tu boleh cuci mata sat..heheh” balas Echa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ ermm..cuci mata..?! ada ke mamat hendsome yang dah bangun pepagi nih..?!” tanyaku.
“ haish..kau nih kan Emel..maksud aku cuci mata tu cuci mata tengok keindahan alam di bumi ciptaan tuhan yang cantik nih di pagi hari…bukannya tengok mamat hendsome..huh…!!” balas Echa dalam intonasi tak puas hati..
“ heheheh…kau cakap cuci mata tengok keindahan alam ciptaan tuhan..mamat-mamat nih kan ciptaan tuhan jugak..so, tak salahkan kalu aku nak tengok..heheh..”
“ Suka hati kau lah Emel..dah..dah..pi sana mandi cepat..!!”
“ oke..!! yup boss..!! saya pi sekarang..”
Echa hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakannya yang satu itu.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ weyh..kata nak pi kefe..nih bukan jalan pi kefe..kefe kat sebelah kanan sana..nih asal lak belok kiri nih macam nak pi..”
“ yup..BETUL..!! kita pi singgah kedai jap eh..aku nak beli barang keperluan kendiri jap..heheh..”
“ huh..sengal..tapi bagus jugak aku pun nak beli shampoo + sabun..sabun baju dah habis..”
“ bukan ada lagi ke sabun baju kau tu..?”
“ memanglah ada..tapi mana cukup dah tinggi sikit dah..mana tidaknya…kau pun guna gak sabun akuh tu..ermm..satu bilik sampai kongsi sabun baju 3 orang…”
“ heheh..sowy..ala lagi pun kan kongsi duit beli sabun. So, adil lah tu kan..hehe..”
“ ermm..memang..memang adil sangat..huh…!!”
Masuk sahaja dalam kedai akuh terus menuju ke tempat di mana letaknya sabun dan shampoo….manakala Echa pulak pergi ke barang makanan. Nak beli makanan katanya buat stok simpanan kalau semua malas nak keluar pi kafe..heheh..tapi ada betulnya jugak. Kalu di buatnya lapo tengah-tengah malam boleh ngap je terus makanan tu..kafe dah tentu-tentu tutup waktu malam..
Kedebuk..!! amik kau..jatuh sudah barang dari tangan ku ini..huxhux..adoi..sengal betul lah..suka suki dia je langgar..lantas aku memalingkan muka ku ke belakang.
“ OPOCOT!! Mak kau CANTIK…!!”
Nasib baiklah kata-kata tu hanya terpancul dalam hati ja. Buatnya kalau terpancul keluar tak ke nala ja..hahah…dah lah hendsome mamat nih..nasib baiklah hendsome..huhu..
“ Oppss..maafkan saya. Saya tak perasan awak kat belakang saya tadi. Maaflah ya.” Tutur lelaki itu.
“ eh..tak pe lagi pun saya yang sepatutnya minta maaf. Sebab tak Nampak awak.”
“ ermm..kita sama-sama salah..tak pandang belakang..haha.. ermm.. awak nih Mai kan..?!”
“ hehe..ya betul tu..kenapa eh..? saya kenal awak ka..???”
“ saya Arif Fikri. Kita pernah jumpa malam kelmain. Ingat lagi tak?”
“ ha..?! ermm..bila tu..?”
“ pasti awak lupa. Tapi tak apalah lagi pun kita terserempak sekali imbas ja. Lagi pun pertemuan yang pertama tu tak dirancang pun..”
“ pertemuan..? saya tak faham.”
“ hahah..lawak juga ya awak nih..ermm..awak ingat tak incident awak hampir dilanggar motor tempoh hari.. kejadian tu waktu malam. Mungkin awak tak berapa cam muka saya sebab masa tu malam. Awak mungkin perasan name tag yang saya pakai..”
“ owh..ya..ya..saya ingat..maaf la ya..saya tak cam muka awak. Memang betul apa yang awak katakan tadi.. lagi pun nama Arif Fikri kan famous di kampus nih..hehe…”
“ tak apa..tapi kenapa pulak awak cakap macam tu?”
“ ialah..sebut ja nama Arif Fikri mesti ramai yang gerun dan pastinya wanita ramai yang akan cair..haha..”
“ hahah…ya ka..?! ermm..tu no comment..saya biasa-biasa ja..tak adalah hendsome manapun..”
“ Huh..tak hendsome kata ko..peh..hendsome lorh..macam Ashraf Muslim….muka sweet..baby face macam Aril Zafrel pun ade gak sikit..tu dia boleh kata tak hendsome..wah..!! boleh jadi bakal suami nih jenis yang tak bangga diri..hah..” gumamku dalam hati..
Aku hanya mampu tersenyum mendengar jawapan dari mulutnya….
“ awak pun Mai apa kurangnya..”
“ what..?! asal pulak..?!”
“ ialah..sebut ja nama Mia pasti ramai yang kenal especially mamat-mamat dalam falkulti nih..almaklumlah dah lah cantik. Pandai pulak tu. Untunglah siapa yang dapat awak nih..”
“ ada-ada sajalah awak nih. Erm..awak buat apa kat sini?”
“ saya tengah mengecat. Tak Nampak ka..?” balas Fikri
Amboi..pandai dia nak kenakan aku ya. Nasib baiklah kau nih hendsome Ari Fikri kalau tak memang dah kene makan pelempang aku.
“ mengecat..? tapi awakkan dalam kedai awak cat apa kat sini..?” jawabku kebodohan.
Sambil tersenyum sempat juga Arif Fikri bekata dalam hati..
“ hai minah depan aku nih..kesian betul tengok dia nih harap muka ja lawa dan pandai tapi sepandai-pandai dia nih bengap + blurr juga dia nih..hahah…ish..ish..kesian..
“ dah tahu kita kat kedai nih lagi mau tanya buat apa. Mestilah beli barang cik adik manis… Mai datang sini sorang je ka..?!”
Wah..wah..sesedap mee goreng dia ja. Huh…!!
“ tak lah Mai datang dengan kawan Mai, Echa. Dia ada kat sana tu.” Balasku sambil menunjukkan arah dimana Echa berada.
“ owh..ermm awk dah makan Mai..? kalau belum jom kita sesame gi kafe. Saya belanja. Boleh?”
“ errr..ermm..oke juga la tu saya pun belum makan lagi nih. Tapi kejap ya saya ajak Echa sekali. Lagi pun kami memang bercadang nak gi kafe selepas selesai sahaja beli barang nih.”
Aku terus berlalu pergi ke tempat Echa. Aku mengajak dia menemani aku sekali. Tapi mula-mula dia enggan. Akhirnya dia nak juga ikut setelah di pujukku.
“ ala..pleeaaassssee la Echa..jom lah..tak kanlah aku nak pi sorang dengan dia. Jomlah..”
“ alarrr…kau nih..haish..huh…!! masalahnya dia kan ajak ko sorang ja. So, kau pergi je lah dengan dia. Aku tak kesah..aku boleh ajak orang lain temankan..”
“ alaaaa….Echaa…!! pleeeaaassseee...ermm, macam nih, kau ikut aku. Pastu kau order ja apa yang kau nak makan. Jangan risau, aku belanja hari ni. Tapi kau kene temankan aku. Boleh?!”
“ ermm..oke lah set..kalau kau belanja aku ikut..jimat sikit duit aku nih..heheh…”
“ kau ni memang Echa…cuba kalau aku tak nak belanja bukannya nak ikut..”balasku dalam nada geram.
Echa kalau ada yang nak belanja pasti nak aja.huh..!! nasib baiklah kau nih kawan aku Echa…huh..sape lah yang malang dapat jadi pakwe kau nih.. pasti tak sampai seminggu dah pokai pakwe dia nih..hahah…tak pe lah..asalkan kau sudi temankan aku gi kafe dengan mamat tu. Tapi, kali ni ja..lain kali tak akan..hahah..tu pun kalau dia dah jadi my BF la..hahah…