MY LOVE... echa'au, faraG, farra, syera, tika, naad, dayah, fadil tyra, tyha, myra..ur my sunshine..

21 Nov 2011

EMELIA..!!

                    PENGENALAN



Emelia, seorang gadis yang cukup comel. Semasa zaman persekolahan, dia sangat terkenal  di sekolahnya. Boleh di katakana bahawa kesemua murid dan guru amat mengenalinya. Sebut sahaja nama  Emel  pasti semua orang tahu dan ada juga sesetengah orang yang berasa gerun dengan nama itu. Masakan tidak, Emel  merupakan antara salah seorang pengawas sekolah yang sangat garang. Tiada siapa yang berani untuk melawan cakap dia. Di sekolahnya, dia terkenal dengan sikapnya yang sangat garang dan suka menjerit-jerit. Walaupun sikapnya sedemikian, dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Walaupun dia  tidak sepandai kawannya yang lain, tetapi keputusannya juga amat memuaskan. Ramai yang suka berkawan dengan Emel kerana  segarang-garangnya, dia merupakan seorang rakan yang baik hati dan peramah.
 Emel telah masuk ke sebuah sekolah menengah  yang kluster di Putrajaya. Suasana di sekolah menengah sangat berbeza jika ingin di bandingkan dengan suasana ketika di sekolah rendah. Sesi  persekolahan tamat pada jam 3 petang. Jika di sekolah rendah persekolahannya tamat jam 1.20 petang. Rakan-rakan  baik  Emel  telah bersekolah  di sekolah lain. Rakan baik Emel  adalah tyha, ann, Rynna dan Nana. Tyha dan rynna dpt sekolah yang sama. Manakala ann dan nana telah Berjaya memasuki ke sekolah berasrama penuh.  Walaupun Emel tidak sekolah sama dengan Tyha dan Rynna, tetapi mereka tetap sering berhubung melalui surat yang dipos laju. Haha dan sekarang mereka berhubung melalui facebook dan kadang-kadang bermasej.
Di sekolah yang baru Emel telah mendapat ramai kawan. Antaranya ialah Echa, Farra, Tika, Nad, Zaty, Syifa,  Syera dan ramai lagi. Mereka  adalah rakan sekelas Emel. Mereka semua datang dari sekolah yang berlainan dari Emel.  Sejak dari titik perkenalan itulah, bermulanya kisah Emel  di alam persekolah yang baru dengan suasana yang baru dan persekitaran yang baru serta pakaian sergam sekolah yang baru.




BAB 1


                Hari isnin tanggal 3 Januari 2008 aku telah menjejakkan kaki aku ke alam persekolahan yang baru, iaitu alam sekolah menengah. Setelah enam tahun aku  bersekolah rendah kini telah tiba masanya jua aku pergi meninggalkan sekolah lamaku untuk pergi ke sekolah baru. Walaupun hari ini merupakan hari pertama aku ke sekolah menengah tetapi, ayah dengan ibu tidak dapat menemani aku. Sepatutnya hari pertama aku datang awaal, tetapi disebabkan masalah-masalah yang tertentu akibatnya aku  telah terlewat ke sekolah. Aku tiba ke sekolah jam 7.20 pagi. Pagi itu, terlalu banyak sangat kereta kerana mereka ingin menghantar anak ke sekolah. Almaklumlah hari pertama sesi pendaftaran pelajar tingkatan1, ramai ibu bapa yang datang bagi menemani anak mereka.
                Aku berasa takut sedikit, mana tidaknya sekolah itu sungguh asing dalam diriku ini. Aku  langsung tidak mengenali sesiapa pun. Selesai sahaja perhimpunan aku terus naik ke kelas yang kedua terakhir iaitu kelas 1 kenanga 3. Kelas aku berada di tingkat teratas sekali. Sudah seminggu orentasi pelajar tingkatan 1 telah diadakan. Kini mulalah sesi pembelajaran. Aku duduk disebelah Syifa. Depan aku ialah Echa dan Farra. Cikgu-cikgu disini baik sangat. Aku kini mempunyai ramai kawan.
                Sudah tiga tahun aku bersekolah disini. Aku kini lebih mengenali sikap-sikap rakan-rakanku di sekolah ini.  Aku teringat semasa aku di tingkatan 1 aku menggelar Syera cikepen. Semasa tingkatan 2 magnet. Aku pula mereka  gelarkan ketat sampai aku tingkatan 3. Ini kerana muka aku selalu saja Nampak ketat. Rakan-rakanku yang kata padaku.peristiwa yang menyebabkan ak di gelar ketat ialah semasa aku ingin mengamuk gara-gara kelas terlampau bising.
 “oi, kau orang ni tak reti-reti nak senyap ke? Mengganggu  orang lain je.huh.” itu adalah ayat yang terkeluar dari mulut aku. Ketika itu, ak baru sahaja mula ingin marah tetapi tidak jadi kerana Fara tiba-tiba buat lawak dan menyebabkan aku  ketawa akhirnya. Di sebabkan kejadian itulah Fara  menggelar aku ketat. Semasa aku  di tingkatan 3, aku telah dilantik menjadi pengawas sekolah sehingga aku  tingkatan 5. Memang agak susah bagi aku untuk belajar sesuatu perkara yang baru. Semasa di tingkatan 4 banyak tajuk baru yang  aku baru belajar. Tetapi Alhamdulillah akhirnya aku Berjaya menguasainya.
                “opocot, mak kau!” aku melatah gara-gara di sergah oleh kawanku, Farra. Kini aku telah pun Berjaya sehingga ke menara gading. Tapi masih belum sampai ke Negara China lagi.
Farra bertanya kepada aku “ kenapa dengan kau ni Emel? Termenung je dari  tadi aku tengok. Kau de masalah ker? Ker kau tengah teringatkan si Arif fikri tu?”
 “mana ada. Memandai je kau eh. Apahal pulak aku nak ingat kat mamat tu.huh” keluhku.
Tidak disangka-sangka rupanya aku sudah lama termenung. Sehingga tidak sedar akan hari sudah hamper maghrib. Kadang-kadang, jika aku duduk keseorangan aku akan terkenangkan kisah-kisah aku yang lalu. Sampai kawan-kawanku fikir aku suda gila. Mana tidaknya, duduk termenung lepas tu gelak sorang-sorang. Haha.
“Farra, kau esok ada kelas tak? Kalau tak ada temankan aku pergi ke pekan. Ada barang yang ak nk beli. Boleh tak?”.
 Farra  buat-buat tidak dengar akan apa yang aku katakan tadi. Rupa-rupanya dia sedang dengar radio. Patutlah tak dengar apa yang aku katakan tadi. Huh. Farra....Farra.. ( sambil menggeleng kepala). Malas hendak melayan Farra, aku terus keluar dari bilik untuk jalan-jalan sambil menikmati udara malam yang segar ini.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                Sambil berjalan aku teringatkan kembali kisah-kisah silam aku semasa aku mula-mula kenal Farra. Sedang aku berjalan, tiba-tiba ada sebuah motor  yang ditunggang oleh seorang lelaki dengan pecutnya keluar dari perkarangan university ini dan menyebabkan aku hamper-hampir dilanggar.
“Oii, buta ke?” . Aku hanya meluahkannya dalam hati saja. Kalau nak diikutkan memang habis aku maki mamat tu. Tp, buat kering air liur saja. Bukannya dia dengar sebab dia dah pergi pun.
Tiba-tiba Arif Fikri pun muncul. Punyala terperanjat beruk aku. Mana taknya. Tiba-tiba jer muncul belakang aku. Nasib baik aku tak melatah depan dia.
” Ermm, awak tak apa-apa? Saya minta maaflah pasal tadi tu. Dia tu member saya. Dia memang macam tu, suka tunggang motor dengan laju. Saya harap awak maafkan kawan saya tadi tu”.
 Wah, ingat senang je ke minta amaaf macam tu. Aku nak ganti rugi! Tapi, kata-kata itu tidak dapat aku luahkan sebab Arif Fikri ni senior aku. Tak akanlah aku nak tinggi kan suara aku kut. Haha.
“ owh, tadi tu kawan awak lah ye. Lain kali awk nasihatkan kawan awak tu supaya jangan bawa laju sangat motor tu kerana Itu akan membahayakan nyawa orang lain malah nyawa sendiri juga”.
 “ Dah berapa kali saya nasihatkan dia. Tapi tetap juga degil. Langsung tak nak ikut dan dengar cakap orang”.
“awak, nabi muhmmad dulu tiap-tiap hari menyeru umat-Nya agar memeluk agama islam. Baginda sentiasa bersabar dan sering menyeru mereka dan akhirnya berkat kesabaran baginda mereka memeluk islam. Nabi kita boleh melakukan dengan sabar tak kanlah kita sebagai umatnya tak boleh lakukannya, betul? Awak kenalah sentiasa beri nasihat pada kawanawak tu. Manalah tahu dengan berkat kesabaran awak tu kawan awak akn berubah. Manalah kita tahukan? Hanya Allah yang maha mengetahuinya. Kalau awak dah menasihatinya,berserahlah pada Allah.hanya Allah yang dapat menentukan sama ada kawan awk itu akan  berubah ataupun tidak.”
“terima kasih atas nasihat yang awak beri”. Insya-allah saya akan sentiasa sabar dalam memberi dia nasihat”. Lantas aku terus tersenyum kepadanya.
 “ awak buat apa malam-malam kt sini? Sorang-sorang pulak tu. Tak takut ker”? 
“ apa yang nak di takut kan? Lagi pun saya saja je nak jalan-jalan sambil menikmati udara malam yang sagar disini. Dah lama juga saya tak keluar jalan malam-malam begini.” 
“ owh…begitu, bukan ape, setahu saya perempuan ni takut jalan sorang-sorang malam cam ni.” 
“memanglah kaum hawa merupakan kaum yang lemah, tapi selemah-lemah seorang perempuan, dia mempunyai kekuatan yang sangat kuat. Buat apa saya nak takut, lagi pun saya hanya takut pada yang kat atas tu iaitu Allah s.w.t.”                                                                                 
“saya tak sangka begitu bernas sungguh jawapan yang awk berikan.”
“ terima kasih atas pujian awak itu.” Aku hanya mampu tersenyum padanya.                               “ermm..saya minta diri dulu la ya.”
Aku terus mempercepatkan langkahku untuk kembali ke bilik. Dalam perjalanan aku tersenyum mengenangkan kembali perbualan antara aku dengan arif fikri. Tidak disangka-sangka kata-kata itu boleh terkeluar dari mulutku….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku terus baring diatas katil dan senyumanku masih tidak lekang lagi dari wajahku ini.                                                                                                  
“kau ni kenapa Mia?! Senyum sorang-sorang pulak. Macam dah kene sampuk ja…huh…kau jangan buat hal Mia. Jangan nak takut-takutkan aku. Dah lah aku ni tak berapa nak berani..” getus farra.
aku gelak dengan sekuat hati apabila mendengar kata-kata farra sebentar tadi.
“huh! Tak berapa berani konon…bla arr ko..cakap je la yang ko ni sememangnya PENAKUT..!! siap nk bermadah pula dengan aku…hahah…!!!!”
“ko ni kan cakap ikut suka hati ko ja..!! mulut tak ada insyuran ka..?? huh..macam la ko tu berani sangat…”
“aku memang berani pun. Buktinya, aku keluar sorang-sorang tadi tengah-tengah malam..huhu..!!”
“dah la..malas nk layan ko ni Mia. Makin di layan nanti makin menjadi-jadi lak..nanti ko je yang nak menang…huh…!!”
“YES..YES..YES…!!!! Farra dah kalah…YEAH..YEAH.. aku menang…!!!hahahha…” balasku.
Oleh kerana tidak mahu melayanku lagi, Farra meneruskan membaca novel di iringi lagu yang berkumandang di radio. Kami memang rapat sejak di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana kami mempunyai minat yang sama iaitu membaca novel CINTA..!!walaupun echa selalu cakap yang baca novel nih boring. Especially novel cinta. Tapi bagi aku. Novel cinta adalah novel yang paling best untuk dibaca oleh kaum hawa. Prinsip aku senang ja. “Lebih baik baca novel cinta daripada bercinta dengan mamat yang tak tentu hala”. Kadang-kadang aku pelik betul dengan perangai orang yang tengah mabuk cinta ni. Kalau boleh 24 jam nak telefon. Contohnya akak aku sendiri. Pelik..pelik…kalau nak di ikutkan, selalu la jugak berjumpa tapi dok telefon hari-hari lak…tak bosan ke? Aku pun tak taw apa lah yang dicerita oleh pasangan yang tengah mabuk cinta nih..huh…ada satu hari tu farra Tanya aku beberapa soalan.